Wednesday, 4 May 2011

18SG! - Inglourious Basterds



Movie ni keluar tahun 2009 tapi aku baru tengok last week.. Dari tajuk filem dah tau memang dahsyat cerita ni..  Filem arahan Quentin Trantino ini adalah mengenai perjuangan menentang tentera Nazi yang menakluk Perancis ketika perang dunia ke 2.


"Quentin Tarantino"




Cerita dalam filem ni tertumpu kepada 3 watak utama iaitu



1.Lt. Aldo Raine (Brad Pitt) 
"Lt Aldo Raine"
Aldo Raine merupakan ketua pasukan khas tentera sekutu yang digelar "The Basterds". Misi diorang ialah menghapuskan tentera Nazi... tanpa belas kasihan..  Ada peluang jerr.. bunuh!! pastu potong kulit kepala.. tak ke ganas tu!! Anggota "The Basterds" ni memang bukan calang-calang orang.. masing-masing memang cekap dalam bunuh membunuh ni!!

"The Basterds"
"Acara potong kulit kepala"
2. Emmanuelle Mimieux (Melanie Laurent)

"Emmanuelle Mimieux"
Keluarga Emmanuelle Mimieux telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Nazi.. Dia bernasib baik dapat larikan diri dan diambil oleh sepasang suami isteri sebagai anak angkat mereka. Bila ibubapa angkat dia mati, Emmanuelle ambil alih tugas menjaga panggung wayang milik keluarga angkatnya. Dia sangat lah membenci dan berdendam kesumaaaaaaaat!! dengan tentera Nazi...! 

3.Col. Hans Landa (Christoph Waltz)

"Col. Hans Landa"


Yang ni Hero pihak tentera Nazi dalam filem ni. Col. Hans Landa adalah seorang pegawai tentera Nazi disegani.. terkenal dengan penampilan penuh karisma dan kebolehan bertutur dengan ayat-ayat yang power sehingga musuh yang tengah cover-cover tak senang duduk.. kalau musuh jenis lemah mental tak cukup prepare memang percuma kantoi dengan dia.. kerja dia ala ala detektif.. sangat cekap... kalau bab bab memburu manusia.. memburu pengkhianat.. memang dia lah yang champion..  Yang ni pun kejam juga.. perlu bunuh dia mesti bunuh..!!

Dalam cerita ni akan ada satu perhimpunan pegawai-pegawai tertinggi tentera Nazi dan peluang ini amat dinantikan oleh Emmanuelle melunaskan dendam dan bagi tentera sekutu mengarahkan "The Basterds" bertindak.

Lt Aldo Raine & "The Basterds" dan Emmanuelle masing-masing mempunyai rancangan berasingan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap pegawai-pegawai tertinggi tentera Nazi (2 komplot dalam satu masa dan tempat)

Pastinya komplot ini tidak akan berjalan lancar dengan kehadiran Col. Hans Landa.. Starring tentera Nazi ini dengan penuh bersemangat akan berusaha untuk membantutkan rencana "The Basterds".. Bikin Lt Aldo Raine Panasss!!! 

Movie ni bagi aku simple dan senang nak follow.. cuma tak sesuai untuk bawah 18 tahun.. ada unsur-unsur ganas.. aku tak leh tahan bab selamba dia kupas kulit kepala.. dahsyattt!!
Pada mereka yang ada citarasa seperti aku suka tengok cerita ada unsur ganas bertempat serta ada unsur-unsur komplot (seperti mission impossible, ocean eleven, rocknrolla)... dan juga pada mereka-mereka yang tak suka ganas-ganas tapi minat Brad Pitt.. sila la menonton movie ni.. 


abahsantai: "Rating aku bagi 8/10"







No comments:

Post a Comment