Friday, 1 April 2011

Adjustable Rear Wings & KERS

Musim 2011 menyaksikan beberapa perubahan peraturan yang dilihat bakal memberi impak yang besar dalam arena Formula 1. Antaranya ialah pengenalan kepada 'sayap belakang boleh laras' dan kembalinya sistem KERS. 

Sayap belakang boleh laras ('Adjustable Rear Wings')
Para pemandu kereta yang dilengkapi dengan sistem ini boleh mengubah kedudukan sudut sayap belakang, yang mana ia diaktifkan secara elektronik dari bahagian tempat duduk pemandu. Sistem ini boleh digunapakai pada bila-bila masa ketika sesi latihan dan sesi kelayakan (terkecuali sekiranya pemandu menggunakan tayar 'wet-weather').  Tetapi ketika sesi perlumbaan, sistem ini hanya boleh diaktifkan apabila pelumba berada kurang dari 1 saat dibelakang pemandu lain dan hanya di bahagian-bahagian tertentu dalam litar. Sistem ini akan kembali neutral setelah pemandu menekan brek. Sistem ini direka untuk memberi lebih kuasa ketika memotong. Seperti KERS, pemasangan sistem ini bukan mandatori. 






KERS
Sistem KERS (Kinetic Energy Recovery System) mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan kemudiannya penggunaan sistem ini digugurkan pada 2010. Kini ia kembali digunakan bagi musim 2011. Fungsi sistem ini ialah untuk memberi kuasa tambahan dengan menggunakan sisa tenaga kinetik yang terhasil ketika sistem brek diaktifkan. Tenaga kinetik akan menggerakkan motor elektrik. Motor tersebut akan menjana arus elektrik dan disimpan di dalam bateri. Apabila suis KERS ('boost button') pada steering ditekan, tenaga yang terkumpul tadi akan disalurkan ke roda belakang untuk tambahan kuasa pada daya tujahan ketika memecut. Penggunaan sistem ini dihadkan selama 6 saat bagi setiap pusingan.



No comments:

Post a Comment