Thursday, 31 March 2011

Isu botol susu BPA


Sekarang dah jadi isu tentang penggunaan botol susu BPA, dimana hasil kajian mendapati ianya boleh memberi mudarat kepada kesihatan manusia terutama kepada bayi, yang merupakan pengguna utama produk ini.

Walaubagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia memberi kenyataan bahawa penggunaan produk yang mengandungi BPA masih boleh digunakan di Malaysia sehingga Mac 2012.


Berikut adalah petikan berita terkini mengenai isu ini:



30 Mac 2011, KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pengharaman penggunaan botol susu bayi polikarbonat mengandungi Bisphenol A (BPA) yang didakwa merbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak, adalah tidak perlu dilakukan dengan serta-merta. 
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Beliau berkata, walaupun mendapat gesaan pihak tertentu namun sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh dan terdapat ketidakpastian dalam kajian yang dijalankan oleh badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Tempoh masa peralihan selama setahun diberi kepada semua pihak yang terbabit termasuk pengguna...kerana perlu membuat persediaan bagi mematuhi keperluan pengharaman berkuatkuasa 1 Mac tahun depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Berita selanjutnya di http://www.bharian.com.my/


Sedikit info mengenai BPA (Bisphenol A):

Apa itu Bisphenol A?
Merupakan bahan kimia industri yang digunakan secara meluas dalam industri pembuatan plastik polikarbonat. 

Dimana Bisphenol A dijumpai?
Plastik polikarbonat mempunyai pelbagai aplikasi, antaranya sebagai tempat menyimpan makanan dan minuman, contohnya seperti botol air/susu bayi, cakera padat dan peralatan perubatan.

Bagaimana Bisphenol A masuk ke dalam badan?
Ruang utama kemasukan BPA ke dalam badan adalah melalui pemakanan, BPA akan meresap kedalam makanan dan minuman pada jangka masa tertentu dan akan lebih cepat meresap sekiranya terdedah pada suhu yang tinggi.

Kesan negatif dari Bisphenol A?
Antara kesan-kesan negatif BPA ialah gangguan hormon, gangguan tumbesaran otak (terutama kanak-kanak dan bayi), penyakit kanser dan kegemukan.

Bagaimana hendak mengenalpasti produk yang mengandungi Bisphenol A?
Produk mengandungi BPA biasanya dilabel dengan nombor 7 dalam simbol segi tiga kitar semula atau "PC".

Produk mengandungi BPA
Produk yang bebas BPA dilabel dengan "BPA free".

Dengan info ini diharap dapat membantu kita memberi yang terbaik dalam memastikan kesihatan orang yang tersayang terjaga, terutama anak-anak kecil yang mudah terdedah kepada masalah kesihatan sekiranya kurang perhatian dan pengetahuan mengenai ancaman-ancaman seperti ini. 

Informasi mengenai BPA juga boleh diperolehi dari 


abahsantai: "Kanada negara pertama mengharamkan produk mengandungi BPA, diikuti negara-negara lain. Malaysia.. masih boleh pakai hingga Mac 2011.. emm"


No comments:

Post a Comment